#manifestorakyat2021
Progressive Malaysian Christians for Justice
By:
Progressive Malaysian Christians
Affiliations:
Progressive Malaysian Christians
Policy Code:
2b Human Rights
Problem Statement:
Despite priding ourselves as a multicultural country, deep-seated racism has festered and intersected with issues of indigenous land-ownership, deaths in custody, and abuse of refugees and migrants.
We observe a distinct lack of LGBT rights that has led to violence and hatred against members of the LGBT community.
Economic inequality in Malaysia, exacerbated by the pandemic, has made the rich get richer and the poor get poorer.
Sexism is pervasive and perpetuated by culture and law.
Stifling dissent, such as the recent arrest of Fahmi Reza, is another blow against freedom of speech.
Value(s) and Belief(s):
As Progressive Christians, our faith teaches us love for God is best expressed through love for others. We believe the struggle for social justice is aligned with the call to take the side of the most vulnerable — because justice is what love looks like in public.
Proposal of Solution:
For elected representatives, especially Christian politicians,
to promote the core values of love, mercy and grace as espoused in scripture.
Voters hold them accountable not only as tax paying citizens but as fellow brethren,
for just and transparent governance.
Translation
Isu dan Polisi Semasa:
Walaupun kami membanggakan diri sebagai sebuah negara multikultural, isu perkauman yang mendalam semakin teruk dan bersilang dengan isu-isu pemilikan tanah Orang Asal, kematian dalam tahanan, dan penderaan pencari suaka dan pekerja asing.
Kami memperhatikan bahawa kekurangan hak LGBT jelas telah menyebabkan keganasan dan kebencian terhadap anggota komuniti LGBT.
Ketidaksamaan ekonomi, yang diperburuk oleh Covid-19, menjadikan orang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.
Seksisme meluas dan diabadikan oleh budaya dan undang-undang.
Hak kebebasan suara semakin disekat, seperti yang ditunjukkan dalam kes penahanan Fahmi Reza.
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Sebagai penganut Kristian yang progresif, iman kita mengajar bahawa kasih Tuhan paling jelas dinyatakan melalui kasih kepada orang lain. Kami percaya perjuangan keadilan sosial sejalan dengan seruan untuk menganjurkan pihak golongan tersisih dan tertindas- kerana keadilan adalah kasih antara masyarakat.
Penyelesaian:
Daripada identiti kami sebagai komuniti Kristian, kami memohon para pemimpin gereja pertama sekali untuk menyedari peranan mereka sebagai suara kenabian. Mereka haruslah menggunakan kedudukan dan kewibawaaan mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu yang dinyatakan dan berusaha untuk mengubah hati dan dasar polisi. Yang lebih penting, kami mendesak mereka untuk mengambil hati isu-isu ketidakadilan sebagai urusan gereja.
Kedua, kami memohon semua wakil rakyat, terutamanya ahli politik Kristian, untuk melambangkan nilai-nilai inti kasih sayang, belas kasihan dan rahmat seperti yang digariskan dalam Kitab. Kami sebagai pengundi dan saudara dalam iman akan menanggung mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan adil dan telus.
Ketiga, kami memohon semua orang Kristian untuk mencontohi kasih Kristus dengan menganjurkan pihak golongan tersisih dan tertindas, serta menentang sistem-sistem rasis, homofobik, seksis, xenofobia dan ketidakadilan secara ekonomik.