#manifestorakyat2021
3j: Alam Sekitar
Pengenalan
Rangka kerja menyeluruh tentang perubahan iklim diperlukan untuk menangani secara bermakna isu alam sekitar yang merentas bidang disiplin dan meluas, seperti ketelusan, penilaian kesan alam sekitar dan hak asasi manusia, pembangunan mampan dan sumber asli.
I: Tindakan Perubahan Iklim
Perubahan iklim perlu ditangani sebagai isu keutamaan tertinggi memandangkan kesannya khususnya terhadap ekonomi dan keselamatan makanan. Kesedaran awam mesti dibangkitkan tentang bagaimana perubahan iklim boleh menjejaskan pelbagai pihak, terutamanya kumpulan rentan, dan keperluan mendesak untuk persiapan menangani kesan-kesan ini. Kita telah pun menyaksikan akibat daripada corak cuaca melampau dengan hujan lebat yang luar biasa dan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini di beberapa negeri pada penghujung tahun 2021 yang kita tidak bersedia untuk hadapi. Kerajaan, melalui penggubalan dasar yang berkesan, perlu membangunkan rancangan untuk meringankan dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sambil bertindak dan menyesuaikan kepada perubahan iklim, seperti meningkatkan sistem tebatan banjir dan menangani hakisan pantai akibat kenaikan paras laut, dan memperuntukkan kewangan untuk kerugian dan kerosakan yang dialami oleh masyarakat.
1. Isytiharkan kecemasan iklim negara dan arus perdanakan tindakan perubahan iklim dalam perancangan pembangunan negara.
(Evelyn Teh, Jaringan Ekologi dan Iklim, Cadangan 3J-1; Faris Ahmad Fadzil, Cadangan 3J- 2)
Arus perdanakan kecemasan iklim dalam semua peringkat dasar, tadbir urus dan di peringkat institusi merentas agensi.
Menggubal undang-undang dan peraturan yang mengenakan pembangunan dan pengangkutan rendah karbon, mencegah penebangan hutan selanjutnya dan memastikan jaminan keselamatan makanan.
156
Meningkatkan peruntukan belanjawan negara untuk pelaksanaan dan penguatkuasaan tindakan berkaitan iklim yang berkesan.
Memudahkan penyertaan dan perwakilan pelbagai pemegang taruh secara inklusif, terutamanya daripada komuniti orang asli/asal, rentan dan terpinggir.
Mengguna pakai pendekatan holistik ke arah meningkatkan kesedaran orang awam, termasuk pendidikan alam sekitar sebagai komponen teras dalam kurikulum sekolah dan meningkatkan liputan oleh media arus perdana dan melalui saluran-saluran media sosial.
II: Ketelusan dalam Proses Membuat Keputusan
Prinsip penting keadilan iklim ialah suara mereka yang paling rentan mesti didengari dan diambil kira. Ini memerlukan proses membuat keputusan yang terbuka dan serta sama, dan kebertanggungjawaban ke atas keputusan yang dibuat, dengan penekanan diberikan kepada kesejahteraan masyarakat setempat dan alam sekitar. Contoh jelas kekaburan dalam proses membuat keputusan kerajaan terletak pada penyahwartaan tanah hutan untuk pengekstrakan sumber atau pembangunan. Pada masa ini, perkara ini sering dilakukan oleh exco kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, tanpa ketelusan dan proses semak imbang sewajarnya oleh dewan undangan negeri, apatah lagi orang awam.
2. Libatkan orang awam sebagai pembuat keputusan dalam proses perancangan pembangunan.
(Siti Fatimah bt. Jafar, Environment Cluster (Treat Every Environment Special (TrEES)), CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-3)
Memberi maklumat lengkap mengenai projek perancangan pembangunan kepada orang ramai supaya mereka dimaklumkan sepenuhnya dan berpeluang menyemak, menyatakan, mencadangkan dan membantah rancangan pembangunan.
Gunakan platform media sosial terkemuka sebagai saluran publisiti untuk mengumumkan rancangan pembangunan.
Edarkan dokumentasi penuh dalam talian secara percuma dan bukannya bergantung pada dokumen bercetak.
157
Jadikan pemaju projek bertanggungjawab ke atas semua kos publisiti dan pengedaran yang berkaitan dengan pengumuman awam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.
Menggalakkan komunikasi dua hala yang selamat, terbuka dan mesra di semua peringkat bermula daripada komunikasi antara perorangan kepada komunikasi massa.
(Dr. Lim Chee Han, Agora Society Malaysia, Cadangan 3J-4)
ii.
III: Pemuliharaan Sumber Asli
Belanjawan hijau menyumbang kepada perbahasan dan perbincangan berasaskan bukti yang bermaklumat tentang pertumbuhan yang mampan. Ia menggunakan panduan penggubalan dasar belanjawan untuk membantu mencapai matlamat alam sekitar dan iklim.
4. Gabungkan belanjawan dan perancangan hijau.
(Dr. Lim Chee Han, Agora Society Malaysia, Cadangan 3J-5)
Menjalankan perancangan tahunan tentang pengurusan hutan dan sumber asli.
Menilai kesan alam sekitar daripada dasar belanjawan dan fiskal dan menilai keselarasannya terhadap pencapaian komitmen alam sekitar nasional dan antarabangsa.
3. Institusikan proses penglibatan orang awam dan wajibkan kelulusan dewan undangan negeri untuk penyahwartaan hutan simpan. i. Jadikan proses membuat keputusan untuk penyahwartaan hutan simpan telus dengan memastikan orang awam dimaklumkan tentang cadangan- cadangan semasa dan menjadikannya satu keperluan bagi pemaju projek untuk memastikan mereka mendapat sokongan majoriti daripada warga awam tempatan untuk meneruskan rancangan ini, semasa sesi perundingan awam dan melalui tinjauan tempatan. Wajibkan exco kerajaan negeri menyediakan rang undang-undang di dewan undangan negeri sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini. Exco kerajaan negeri seharusnya dapat mewajarkan, menjelaskan dan mempertahankan keputusan mereka untuk menyahwarta rezab hutan simpan kepada kerajaan negeri dengan memuaskan. 158
Membentangkan belanjawan hijau dalam sesi yang sama dengan belanjawan negeri untuk kelulusan dewan undangan negeri setiap tahun.
Tetapkan sasaran hijau tahunan seperti liputan kanopi pokok, pelepasan karbon dioksida dan pengurangan pencemaran.
Menjalankan semakan inventori dan melibatkan diri dalam perancangan lanjutan untuk penggunaan tanah dan sumber asli, yang mesti diperuntukkan, dibahaskan dan diluluskan.
Memastikan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan orang awam menjejaki, memantau dan mempersoalkan proses dan tujuan penggunaan sumber ini.
5. Lindungi hutan tadahan air. (Rexy Prakash Chacko & Dr. Kam Suan Pheng, Penang Hills Watch, Cadangan 3J-6) i. Mewartakan seluruh kawasan tadahan air semula jadi dalam hutan simpan kekal sebagai hutan tadahan air di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melindunginya daripada pembalakan dan penggunaan lain yang tidak dibenarkan. i. Menggubal undang-undang kecil negeri untuk membolehkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pengambilan air yang tidak dibenarkan, pembalakan dan pencemaran sungai akibat penggunaan agrokimia yang tidak terkawal. 6. Tingkatkan kesalinghubungan hutan dalam landskap yang berpecah- pecah. (Aisling Usun Bagly, Save Rivers, Environment Cluster, CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-7) Hubungkan kawasan-kawasan hutan simpan dan taman negara untuk meningkatkan saiz kawasan yang dilindungi sepenuhnya, di samping mengiktiraf hak masyarakat tempatan yang bergantung kepada hutan sebagai mata pencarian mereka. 7. Takrif semula perlindungan hutan. (Ken Lee, Agora Society Malaysia, Cadangan 3J-8) i. Mempromosikan pengurusan pemuliharaan habitat sebagai profesion berpendapatan tinggi dengan imbuhan yang besar. 159
Ubah paradigma pemuliharaan daripada pengekstrakan sumber konvensional kepada yang menekankan pengekstrakan data yang berkaitan dengan spesies biologi, habitat, sumber air dan kemunculan penyakit.
Menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar, terutamanya masyarakat Orang Asli/Asal, supaya mereka terlepas daripada kemiskinan melalui transformasi amalan sara hidup, d samping menciptakan jenis modal perusahaan yang unik menggunakan pengetahuan hutan tradisional mereka.
Pinda Perlembagaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dasar perhutanan dan undang-undang tanah, yang kini berada di bawah kawalan mutlak kerajaan negeri.
Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan memulihara hutan.
Mempelawa kumpulan-kumpulan sosial yang pelbagai untuk menyertai dalam proses membuat keputusan untuk meningkatkan perlindungan ekosistem.
Menghadkan pengeluaran kayu di kawasan luar hutan dan patuhi persempadanan yang ketat antara ladang ladang dan kawasan hutan.
8. Membolehkan pemuliharaan hutan yang mampan.
(Faris Ahmad Fadzil, Cadangan 3J-9; Muhammad Sha’ani b. Abdullah, Environment Cluster, CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-10)
Mengkelaskan hutan mengikut fungsi persekitarannya dalam Akta Perhutanan Negara untuk menentukan amalan pengurusan terbaik bagi setiap komposisi.
Meminda Kanun Tanah Negara untuk mengukuhkan tadbir urus semua pengurusan tanah dan penggunaan tanah oleh pihak berkuasa negeri dengan memasukkan prosedur perundingan awam yang bermakna.
Meminda undang-undang yang berkaitan untuk menjadikan penyahwartaan hutan kekal dan rizab hidupan liar menjadi bidang kuasa dewan undangan negeri.
IV: Penilaian Kesan Alam Sekitar Jurang dan kelemahan dalam peraturan-peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) menghalang penggunaan pendekatan holistik dan menyeluruh semasa menilai projek yang dicadangkan. Terdapat keperluan untuk memberi pewajaran kepada 160
impak sosial dan komponen hak asasi manusia, perundingan pihak pemegang taruh yang betul, akses kepada maklumat dan pelantikan bebas perunding.
Tambahan pula, amalan pencadang projek yang melantik perunding EIA membawa kepada konflik kepentingan yang cenderung memihak kepada pemaju projek. Selalunya terdapat kekurangan pengawasan projek, pemantauan pematuhan dan langkah-langkah mitigasi, serta susulan selepas laporan EIA diluluskan. Keadaan lebih teruk di Sarawak di mana EIA tidak diperlukan untuk pembalakan hutan dara atau primer, sekali gus menyebabkan hutan-hujan primer terdedah kepada kaedah pembalakan yang tidak beretika dan merosakkan tanpa pengawalan.
9. Semak semula proses kelulusan dan penilaian untuk EIA.
(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 3J-11; Celine Lim, Save Rivers, Environment Cluster, CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-12; Dr. Lim Chee Han, Agora Society Malaysia, Cadangan 3J-13)
Membekalkan orang awam dan pemegang taruh lain akses percuma dan mudah kepada semua dokumen yang dihasilkan termasuk EIA dan penilaian impak sosial ke atas sebarang pembangunan yang dirancang.
Membenarkan orang awam dan pemegang taruh lain membentangkan pandangan dan input mereka sebelum keputusan dibuat untuk meluluskan projek.
Memastikan pihak berkuasa atau pemaju memberi jawapan kepada bantahan atau maklumbalas dalam masa yang ditetapkan dan sebelum projek diluluskan.
Menghadkan kuasa menteri untuk "menetapkan sebarang aktiviti" yang memerlukan kajian EIA dengan merumus semula kriteria yang telus dan jelas untuk kajian EIA.
Memerlukan pencadang projek untuk memperuntuk dan menyumbang sejumlah dana untuk tujuan EIA ke akaun pusat, disatukan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk bertindak bagi pihak pencadang projek dan memilih calon yang paling sesuai sebagai perunding EIA bebas, dengan laporan EIA digunakan sebagai sumber rujukan utama untuk penilaian projek.
Menyemak semula prosedur dan keperluan EIA berasaskan kepada piawaian antarabangsa pembalakan dan pengurusan hutan. Ini harus digubal untuk seluruh Malaysia bagi menggalakkan piawaian pembalakan yang seragam dan memastikan amalan mampan dan pengurusan hutan hujan negara yang lebih
161
baik. Melibatkan bantuan organisasi masyarakat sivil nasional, serantau dan antarabangsa sebagai jawatankuasa untuk menghasilkan penyelesaian bagi mengurangkan kelemahan dan perkara yang samar-samar.
10. Semak semula piawaian pembalakan EIA Sarawak.
(Zarris, Environment Cluster (TrEES), CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-14)
Meminda Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 1958 untuk menetapkan keperluan EIA untuk pembalakan yang ketat dan jelas untuk hutan primer dan sekunder dengan saiz yang munasabah.
Meningkatkan penekanan terhadap pemuliharaan dan keperluan pengurusan yang teliti bagi sumber hutan.
Menggubal undang-undang nasional untuk mengawal selia pelaksanaan dalam bidangkuasa negeri.
11. Gantikan EIA dengan sistem penilaian kesan alam sekitar dan hak asasi manusia. (Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 3J-11) Merombak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk menguatkuasakan penilaian impak hak asasi manusia. V: Pembangunan Lestari Apabila populasi Malaysia bertambah, permintaan manusia terhadap sumber sosial, budaya, ekonomi dan alam sekitar meningkat, dan ini boleh menjejaskan kualiti hidup. Pendekatan hijau yang melibatkan pengurusan sisa pepejal, menghadkan penyelarakkan perbandaran dan memulihara ruang hijau awam, antara lain, diperlukan. . 12. Menambah baik pengurusan sisa pepejal. (Aisling Usun Bagly, Save Rivers, Environment Cluster, CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-15) 162
Meningkatkan kesedaran orang awam tentang keperluan untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal sebagai amalan gaya hidup, seperti 'go green' dan 'mesra-sisa-sifar'.
Mendidik syarikat pembungkusan, pasar raya, restoran dan penjual makanan untuk melancarkan program untuk menggalakkan sisa sifar.
Membangunkan sistem pengurusan sisa yang betul, terutamanya untuk komuniti di kawasan luar bandar.
13. Menghadkan penyelerakkan kawasan perbandaran untuk melindungi hutan.
(Wong Tsu Soon, Agora Society Malaysia, Cadangan 3J-16)
Menetapkan sempadan pertumbuhan perbandaran dalam rancangan tempatan.
Melonggarkan sekatan pengezonan di bandar untuk menggalakkan pembangunan bercampur; memperkenalkan dasar yang menganggap zon tersebut sebagai kediaman, cth. dengan menggunakan kadar kediaman untuk bil utiliti dan cukai yang berkaitan, dan memulihkan rumah kedai sebagai perumahan kediaman.
Menyediakan subsidi sewa rumah dan pembelian yang menggalakkan orang awam untuk tinggal dalam lingkungan yang lebih dekat dengan tempat kerja, bukannya tinggal lebih jauh dan perlu berulang-alik jarak jauh ke tempat kerja, yang seterusnya menyumbang kepada penyelerakkan kawasan bandar.
14. Meningkatkan infrastruktur laluan pejalan kaki dan usaha untuk memulihara kawasan hijau terbuka awam.
(Siti Fatimah bt. Jafar, Environment Cluster (TrEES), CSO Platform for Reform, Cadangan 3J-17)
Membangunkan laluan pejalan kaki yang disepadukan dengan infrastruktur hijau di dalam dan di antara bandar atau pekan.
Menggalakkan penyertaan awam daripada komuniti tempatan dan pemilik perniagaan tempatan, dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, untuk menyumbang dan mencapai kawasan kejiranan yang berdaya tahan dan mampan.
163
Please fill in all the fields
Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill in all the fields
justinleong
For a better and fairer electoral system and to eliminate cronyism, corruption and
Index | First Name | Last Name | Organisation | Submission Date |
---|---|---|---|---|
1 | Chee Han | Lim | Agora Society | 17/10/2022 |
1 | Swee Lin | Loh | Individual | 28/09/2022 |
2 | Laura Sui San | Kho | Mental Health Association of Sarawak (MHAS) | 28/06/2022 |
1 | Laura Sui San | Kho | Mental Health Association of Sarawak (MHAS) | 28/06/2022 |
1 | Laura Sui San | Kho | Mental Health Association of Sarawak (MHAS) | 28/06/2022 |
1 | Laura Sui San | Kho | Mental Health Association of Sarawak (MHAS) | 28/06/2022 |
1 | Laura Sui San | Kho | Mental Health Association of Sarawak (MHAS) | 28/06/2022 |
1 | Mohd Asraf Sharafi | Mohd Azhar | Individual | 25/06/2022 |
1 | Chee Han | Lim | CSO Health Cluster / People's Health Forum | 14/06/2022 |